Wednesday, December 23, 2009

TIP 4 LANGKAH UNTUK WAJAH ANDA TAMPIL BERSERI DAN MENAWAN

1-SAMARKAN CELA DAN NODA DIWAJAH
Sapu flash retouch untuk menutup bayang gelap dan menyerikan kilauan wajah,di atas tulang kening,di bawah mata,atas tulang pipi serta bucu bibir ratakan dengan hujung jari.Untuk menutup noda dan cela boleh juga anda gunakan concealer.

2-MEMBENTUK WAJAH BUJUR
Highlight wajah anda sehingga melintang ditengah wajah untuk menghasilkan kelebaran supaya dapat mengurangkan kepanjangan wajah.Anda juga boleh lakukan sheading di bahagian atas dahi dan dihujung dagu dengan menggunakan foundation yang gelap sedikit pada bahagian itu.

3-APLIKASI BEDAK ASAS
Untuk kelihatan gebu dan tidak berminyak,gunakan bedak loose powder atau bedak debu translucent.Ratakan pada bahagian dahi,tulang pipi dan dagu dengan secara lembut dari bahagian tengah ke luar garisan wajah.

4-MENGUKIR BIBIR
Rapikan bentuk 'V' pada tengah bibir atas anda dengan crayon contur.Ikut garis asal bibir,garis asal bibir,garis bibir dari bahagian tepi sebelah luar ke atas menuju ke tengah tengah bibir,dan sudahi dengan rias bibir bawah.Gunakan hujung berus untuk meratakan warna hingga tiada lagi garis yang jelas kelihatan.

Sunday, December 20, 2009

MAKE UP DAN PHOTO


-Ini adalah gabungan diantara solekan dan juga fotografi.Sentuhan dari Impiana Pengantin dan juga photo shoot dari PandanPhotoAvenue menghasilkan gambar yang klasik dan elegan.

PERBEZAAN WAJAH

SEBELUM

SELEPAS

-Ini adalah salah satu hasil kerja saya.Saya ingin menunjukkan perbezaan diantara sebelum dan selepas make up.Sebelum wajahnya seakan pucat dan kusam dan setelah disolek wajahnya tampak berseri.Make up ini sesuai untuk dinner dan pre-wedding.Tona warna yang saya gunakan berkonsepkan 'warm color' dimana warna sebegini sesuai untuk warna kulit yang cerah seperti tona kulit kuning langsat.