Thursday, December 2, 2010

CONTOH SOLEKAN PENGANTIN



-Ini adalah diantara client saya yang telah disolek.(IMPIANA PENGANTIN)

Sunday, November 28, 2010

ANDAMAN DAN SOLEKAN.

SEBELUM

SELEPAS

Terima kasih kepada pengantin Sabiqi & Rabiatul diatas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.(ImpianaPengantin)

Thursday, April 15, 2010

MAKE UP PERTUNANGAN

SEBELUM

-Hidayah mempunyai kulit yang kelihatan sedikit berminyak dan ruam.
SELEPAS

-Setelah di make up dengan sapuan stick foundation, kulitnya tidak kelihatan berminyak lagi.Sapuan warna nude pada kelopak mata kerana hidayah menginginkan make up nya kelihatan natural.

Wednesday, April 7, 2010

BERSAMA ARTIS


-Gambar ni diambil ketika saya mula-mula menceburi bidang persolekan di Alya Touch.Salah satu kenangan adalah ketika menyolek Zila bakarin yang kebetulan berada di Ipoh untuk pengambaran drama.Wajahnya cantik bersih dan gebu,tidak susah untuk disolek.

MENGHADIRI KURSUS



-Bersama-sama dengan rakan-rakan ketika menghadiri make up course and hair stylish di Singapore Academy School.Saya mengambil course ini selama setahun. Banyak kenangan yang telah saya lalui semasa berada di sana begitu juga dengan ilmu yg saya timba.Selama saya berada di sana cikgu MENG MENG banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.Walaupun dia berbahasa cina bila mengajar...tapi saya paham laa sikit sikit.Toa chei!Toa chei sifuuu!!

MAKE UP PENGANTIN





-ini adalah diantara client saya yang telah disolek.

Monday, March 22, 2010

TIPS MAKE UP

Tip 1: UNTUK LIPSTIK LEBIH TAHAN LAMA, KEMAS DAN TIDAK COMOT
Sebelum menyapukan penggaris bibir dan lipstik,sapukan terlebih dahulu bedak asas atau bedak debu pada bahagian bawah dan atas bibir.Dengan cara ini,garisan bibir yang dilukis akan nampak lebih kemas dan tidak comot.

Tip 2: SAPUAN PIPI MERAH KELIHATAN SEMULAJADI
Selepas menyapu pemerah pipi,sapukan pelembap wajah pada tulang pipi dengan lembut. Ia mampu memberikan kesan 'highlight'yang semulajadi dan kelihatan segar.

Tip 3: BERSOLEK JIKA MENGGUNAKAN KANTA LENGKAP.
Sebelum anda mula bersolek, pakai kanta lengkap terlebih dahulu untuk mengelakkan solekan di kawasan mata kelihatan comot.

Tuesday, March 16, 2010

MAKE UP UNTUK PERTUNANGAN

SEBELUM

SELEPAS


SYAZA
-Majlis pertunangan Syaza pula diadakan di Semenyih.Syaza mempunyai ton warna kulit tidak sekata dan sedikit bekas jerawat.setelah disolek dengan solekan soket dipilih untuk membuat matanya kelihatan besar.Dengan rona coklat keemasan dan pembayang mata yang gelap kemudian disapukan dihujung mata,sapuan pemerah pipi rona coklat merah jambu,menampakkan Syaza kelihatan anggun.

Thursday, March 11, 2010

MAKE UP SEBELUM DAN SELEPAS


SEBELUM

SELEPAS



SHILA
-Majlis kenduri kahwin Shila diadakan pula di taman Sri Klebang di Ipoh Perak.Sebelum disolek,Shila mempunyai tone warna kulit yang tidak sekata dan ada sedikit jerawat dan bekas jerawat.Setelah di solek dengan warna natural pada kulitnya dan lebih tumpuan pada matanya dengan highlight disapukan terlebih dahulu dibahagian atas kelopak mata,kemudian diikuti dengan sapuan solekan 'nude' pada bahagian mata,menampakkan wajahnya kelihatan segar dan semulajadi.

MAKE UP WEDDING




AISHAH
-Pada 14.2.2010 majlis kenduri kahwin Aishah diadakan di taman Chepor,Chemor Perak.Aishah mempunyai kulit yang tidak bermasalah.Namun terdapat sedikit wrinkles pada kulit wajahnya.Solekan pembayang mata hitam keemasan dan penggunaan shimmery akan memberikan dua kesan penampilan wajah keseluruhan,mata galak dan terserlah secara semulajadi.

Wednesday, January 6, 2010

IMPIANA PENGANTIN



(Gambar sumbangan dari Jue & Aliff)

TIPS PENGGUNAAN SHIMMERY

1.Untuk hasil yang lebih kemas dan cantik gunakan berus semasa menyapu solekkan wajah.
2.Pastikan berus yang digunakan tidak bercampur aduk dengan penggunaan solekan lain.
3.Pilih berus besar dan anti habuk.Harus dingat sapuan shimmery mestilah selepas pemerah pipi.
4.Sapuan shimmery haruslah sedikit dan tidak terlalu tebal,jika berlebihan ia membuatkan solekkan yang terhasil kelihatan beku.
5.Jika anda menggunakan shimmery dibahagian mata,pipi dan bibir anda dalam satu masa yang sama adalah tidak bijak.Ia akan menyebabkan kelihatan berminyak dan comot.Justeru itu,memadailah dengan hanya mengenakan sedikit sentuhan pada pipi dan kelopak mata.
6.Solekan ini lebih terserlah di waktu malam,menampakkan wajah anda kelihatan segar dan berseri.
7.Elakkan menggayakan pakaian yang glittery pada satu masa yang sama.