Monday, March 22, 2010

TIPS MAKE UP

Tip 1: UNTUK LIPSTIK LEBIH TAHAN LAMA, KEMAS DAN TIDAK COMOT
Sebelum menyapukan penggaris bibir dan lipstik,sapukan terlebih dahulu bedak asas atau bedak debu pada bahagian bawah dan atas bibir.Dengan cara ini,garisan bibir yang dilukis akan nampak lebih kemas dan tidak comot.

Tip 2: SAPUAN PIPI MERAH KELIHATAN SEMULAJADI
Selepas menyapu pemerah pipi,sapukan pelembap wajah pada tulang pipi dengan lembut. Ia mampu memberikan kesan 'highlight'yang semulajadi dan kelihatan segar.

Tip 3: BERSOLEK JIKA MENGGUNAKAN KANTA LENGKAP.
Sebelum anda mula bersolek, pakai kanta lengkap terlebih dahulu untuk mengelakkan solekan di kawasan mata kelihatan comot.

Tuesday, March 16, 2010

MAKE UP UNTUK PERTUNANGAN

SEBELUM

SELEPAS


SYAZA
-Majlis pertunangan Syaza pula diadakan di Semenyih.Syaza mempunyai ton warna kulit tidak sekata dan sedikit bekas jerawat.setelah disolek dengan solekan soket dipilih untuk membuat matanya kelihatan besar.Dengan rona coklat keemasan dan pembayang mata yang gelap kemudian disapukan dihujung mata,sapuan pemerah pipi rona coklat merah jambu,menampakkan Syaza kelihatan anggun.

Thursday, March 11, 2010

MAKE UP SEBELUM DAN SELEPAS


SEBELUM

SELEPAS



SHILA
-Majlis kenduri kahwin Shila diadakan pula di taman Sri Klebang di Ipoh Perak.Sebelum disolek,Shila mempunyai tone warna kulit yang tidak sekata dan ada sedikit jerawat dan bekas jerawat.Setelah di solek dengan warna natural pada kulitnya dan lebih tumpuan pada matanya dengan highlight disapukan terlebih dahulu dibahagian atas kelopak mata,kemudian diikuti dengan sapuan solekan 'nude' pada bahagian mata,menampakkan wajahnya kelihatan segar dan semulajadi.

MAKE UP WEDDING




AISHAH
-Pada 14.2.2010 majlis kenduri kahwin Aishah diadakan di taman Chepor,Chemor Perak.Aishah mempunyai kulit yang tidak bermasalah.Namun terdapat sedikit wrinkles pada kulit wajahnya.Solekan pembayang mata hitam keemasan dan penggunaan shimmery akan memberikan dua kesan penampilan wajah keseluruhan,mata galak dan terserlah secara semulajadi.