Wednesday, January 6, 2010

TIPS PENGGUNAAN SHIMMERY

1.Untuk hasil yang lebih kemas dan cantik gunakan berus semasa menyapu solekkan wajah.
2.Pastikan berus yang digunakan tidak bercampur aduk dengan penggunaan solekan lain.
3.Pilih berus besar dan anti habuk.Harus dingat sapuan shimmery mestilah selepas pemerah pipi.
4.Sapuan shimmery haruslah sedikit dan tidak terlalu tebal,jika berlebihan ia membuatkan solekkan yang terhasil kelihatan beku.
5.Jika anda menggunakan shimmery dibahagian mata,pipi dan bibir anda dalam satu masa yang sama adalah tidak bijak.Ia akan menyebabkan kelihatan berminyak dan comot.Justeru itu,memadailah dengan hanya mengenakan sedikit sentuhan pada pipi dan kelopak mata.
6.Solekan ini lebih terserlah di waktu malam,menampakkan wajah anda kelihatan segar dan berseri.
7.Elakkan menggayakan pakaian yang glittery pada satu masa yang sama.

No comments:

Post a Comment